Sistem Maklumat
Geospatial Terain
& Cerun Negara

(National Geospatial Terrain and Slope Information System)


Sistem NaTSIS

Latar Belakang Projek PBRC

Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) merupakan projek perintis peringkat nasional yang diilhamkan serta telah dimulakan pada tahun 2014 untuk menangani isu kritikal bencana dan risiko tanah runtuh setempat. PBRC mengaplikasikan teknologi Multi-sensory Light Detection and Ranging (LiDAR)secara berkesan berlandaskan sokongan kesemua pihak berkepentingan serta diadun dengan gabungan pelbagai bidang kepakaran dan disiplin relevan. Projek ini dicetuskan oleh Jabatan Perdana Menteri dan merupakan salah satu pelan tindakan utama yang dibangunkan di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023. PBRC bertindak selaku pemangkin utama inisiatif nasional dalam membendung risiko serta memperkukuhkan kedayatahanan negara serta masyarakat setempat terhadap bencana tanah runtuh. Agenda dasar yang memandu serta menyokong projek PBRC adalah Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (Sendai Framework); instrument pengganti kepada Hyogo Framework for Action 2005-2015. Malaysia bertekad memainkan peranan aktif dalam memastikan kejayaan Sendai Framework, yang diformulasikan untuk membina kedayatahanan negara terutamanya komuniti tempatan menghadapi insiden bencana geologi. Kerangka kerja ini menggariskan tujuh sasaran jelas serta empat tindakan utama dalam mencegah risiko baharu di samping mengurangkan risiko sedia ada akibat daripada bencana geologi.

Muat Turun

Soalan Lazim

Proses atau fenomena geologi kejadian ekstrim alam yang boleh menyebabkan ancaman kepada kehilangan nyawa, kecederaan atau kesan terhadap kesihatan, kerosakan harta benda, kehilangan mata pencarian dan perkhidmatan, gangguan sosial dan ekonomi atau kerosakan alam sekitar.

Tanah runtuh merupakan kejadian yang melibatkan pergerakan menuruni cerun jasad batuan, puing atau tanih (Cruden, 1991). Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau pergerakan perlahan dalam tempoh yang lama.

Hampir kesemua tanah runtuh terjadi dari pelbagai punca. Antara punca-punca tanah runtuh adalah: A) Faktor semula jadi: -Hujan lebat -Gempa bumi -Letusan gunung berapi/Aktiviti -Perubahan aras air dan air tanah B) Faktor manusia: -Penebangan hutan -Aktiviti perlombongan dan pengkuarian -Kerja-kerja tanah -Gangguan atau perubahan kepada saliran semula jadi Atau kombinasi dari punca di atas.

Merupakan rekod tanah runtuh yang dikenalpasti yang mengandungi maklumat tertentu. Antara maklumatnya adalah jenis tanah runtuh, tarikh kejadian atau usia relatif, saiz/isipadu dan penyebab.

Peta yang menunjukkan pembahagian terain mengikut zon yang mempunyai perbezaan kemungkinan berlaku tanah runtuh mengikut jenis tertentu.

Peta yang menggambarkan bahaya akibat tanah runtuh pada magnitud tertentu. Lokasi tanah runtuh terdahulu boleh dijadikan petunjuk kestabilan dan mengambilkira faktor hujan , gempa bumi, kecuraman cerun dan jenis tanah.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)