RINGKASAN PROJEK
Projek ini merupakan projek Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di bawah peruntukan pembangunan yang melibatkan dua elemen utama iaitu:
♦ Pembangunan Aplikasi Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (National Geospatial Terrain and Slope Information System − NaTSIS).
♦ Pembangunan Infrastruktur Pusat Maklumat Geospatial Terain dan Cerun termasuk perolehan perkakasan dan perisian.
Projek ICT ini adalah di bawah komponen Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dimana sebahagian dari keperluan Pelan Induk Cerun Negara (2009-2023).
LATAR BELAKANG PROJEK PBRC
Projek PBRC telah mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan memberi tangggung jawab kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebagai agensi pelaksana.
Peruntukan yang diluluskan RM45.89 juta bagi kawasan seluas 1350 km persegi untuk tempoh tiga tahun (2014-2016).
Objektif PBRC adalah seperti berikut :
♦ Menyedia maklumat bahaya dan risiko cerun di kawasan terpilih untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam pengurusan cerun.
♦ Menyedia cadangan konsep dan anggaran kos bagi kerja pengukuhan dan pemulihan cerun berisiko tinggi.
♦ Mewujud infrastruktur maklumat geospatial geologi terain dan cerun negara.
♦ Membantu agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam kawalan perancangan pembangunan dan guna tanah yang lestari.
FUNGSI NaTSIS
Berfungsi sebagai platform perkongsian antara agensi bagi memenuhi keperluan berikut:
♦ Mengurus maklumat tanah runtuh, terain, geologi dan cerun dilaksanakan secara sistematik dan terkini.
♦ Menyediakan maklumat bahaya dan risiko cerun di kawasan terpilih untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam perancangan guna tanah dan kawalan pembangunan.
♦ Menyalur maklumat teknikal mengikut permintaan dan keperluan semasa pelanggan.
♦ Perkongsian maklumat geospatial dan peta-peta bertema (thematic maps) secara lebih berkesan.
♦ Penerbitan laporan serta peta bahaya dan risiko cerun mengikut garis panduan yang telah diterima pakai.
SKOP NaTSIS
1) Melibatkan perolehan perkakasan dan perisian serta pembangunan aplikasi yang melibatkan 15 Modul bagi tujuan penghasilan PETA BAHAYA DAN RISIKO CERUN .
2) Pelaksanaan projek ini melibatkan pembangunan infrastruktur di Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG (BPT JMG) dan JMG Selangor / Wilayah Persekutuan.
3) Penggunaannya meliputi:
♦ Lima (5) Pejabat JMG Negeri - Selangor / Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
♦ Tiga (3) Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD) - Selangor / Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak.
♦ Satu (1) Pejabat Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah dan Satu (1) Sarawak State Planning Unit.
♦ Sepuluh (10) Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Ampang Jaya, Kajang, Selayang, Sepang, Hulu Selangor, Ipoh, Cameron Highlands, Kota Kinabalu, Ranau dan Kapit.
Hak cipta Portal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan JMG kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah JMG.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh pengunaan apa-apa maklumat yang diperolehi dari laman web ini.